fb fb fb fb fb

Pemilik kapal dan ahli keluarga anak kapal kargo MV Dai Cat 06, akan dipanggil semula

KUALA LUMPUR, 18 Januari - Pemilik kapal serta ahli keluarga anak kapal kargo MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang sejak 9 Januari lepas, bakal dipanggil bagi membantu siasatan.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som memberitahu pihaknya akan membuka kertas siasatan dan memanggil pemilik kapal, keluarga anak kapal termasuk ejen kapal berkenaan.

Pada 9 Januari lepas kapal kargo didaftarkan di Malaysia yang membawa muatan batang paip serta lima kru, dipercayai hilang di perairan Indonesia.

Laporan berhubung kejadian itu dibuat ejen kapal berkenaan pada hari yang sama.

Malah, operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal kargo itu selama tujuh hari telah ditamatkan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia pada 14 Januari, selepas semua usaha yang dilaksanakan tidak menemukan sebarang petunjuk.

Siasatan awal APMM mendapati kapal terbabit merupakan kapal pasir, namun membawa muatan batang paip pada hari berkenaan.

(FOTO FAIL)

Media Baharu