fb fb fb fb fb

Lapan lot kedai makan di Astaka Stadium Bandaraya terbakar

GEORGE TOWN, 18 Januari- Lapan lot kedai makan di Astaka Stadium Bandaraya di sini, hangus dalam kebakaran pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi itu memusnahkan 50 peratus premis yang berkeluasan 3,200 kaki persegi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’azelan Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 7.30 pagi dan tiba di lokasi tiga minit kemudian.

(Lot kedai makan di Astaka Stadium Bandaraya yang terbakar pagi tadi/Foto sumber awam)

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pukul 7.52 pagi.

Operasi pemadaman menggunakan empat jentera dan melibatkan 19 anggota.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Media Baharu