fb fb fb fb fb

Pemilihan PKR harus dilaksana dalam semangat kekeluargaan, beretika- PM

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 11 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyeru agar proses pemilihan parti itu dilaksanakan dalam semangat kekeluargaan dan penuh beretika, serta menjauhi budaya yang memecahbelahkan.

Menerusi hantaran di Facebok, beliau berkata demokrasi dalaman parti perlu diperkukuh demi masa depan yang lebih utuh.

"Seperti yang sering saya tegaskan, KEADILAN bukan sekadar parti politik, namun wadah perjuangan rakyat. Maka, pilihlah kepimpinan yang berintegriti, amanah dan benar-benar membawa suara rakyat terbanyak.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa usaha dan ikhtiar yang dilakukan akan dipermudahkan demi Malaysia yang lebih adil dan makmur untuk semua.

"Selamat mengundi dan selamat maju jaya kepada semua calon serta anggota KEADILAN dalam pemilihan parti kali ini", katanya.

ROSLINA BINTI DIN