fb fb fb fb fb

Pemetaan utiliti bawah tanah, punca jalan mendap

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Sebanyak 122 kejadian tanah mendap dikenal pasti di jalan persekutuan bagi tahun 2022.

Ia berpunca dari pemetaan utiliti bawah tanah yang tidak diselenggara.

Jelas Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, permohonan peruntukan khas telah dikemukakan bagi urusan pemindahan dan penyelenggaraan.

"Cabaran kita sekarang ini tidak kira samada jalan negeri atau jalan PBT banyak paip air yang utiliti lama berada di bawah jalan sebab paip lama berkarat dan pecah menyebabkkan jalan mendap.

"Tahun depan untuk jalan persekutuan kita minta peruntukan khusus supaya dapat mengalihkan utiliti sedia ada digantikan dengan teknlogi baharu supaya daya tahan lebih baik tidak berkarat atau kegagalan permukaan tanah dan sebagainya,"katanya.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng.

Tambahnya, pihak konsesi bertanggungjawab mengambil tindakan penyelenggaraan dalam tempoh 24 jam selepas menerima sebarang aduan kerosakan laluan.


(Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof)

Media Baharu