fb fb fb fb fb

CPTPP bagi Malaysia dianggap selesai, kuat kuasa 29 November 2022

(Foto Hiasan)

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Malaysia meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Justeru, ratifikasi CPTPP bagi Malaysia dianggap selesai dan akan mula berkuatkuasa pada 29 November depan.

Perkara itu dijelaskan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"Jemaah Menteri telah bersetuju supaya Malaysia meratifikasi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). Berdasarkan mandat tersebut, kerajaan telah secara rasminya, mengirim surat cara ratifikasi atau 'instrument of ratification' (IOR) kepada Depositary CPTPP, New Zealand, pada 30 September 2022.

"Dengan ini, ratifikasi CPTPP bagi Malaysia dianggap selesai dan ianya akan mula berkuatkuasa pada 29 November 2022. Malaysia merupakan negara kesembilan yang meratifikasi perjanjian in,"katanya.

Tambah beliau lagi, selain CPTPP, Malaysia juga terlibat dengan Perjanjian Perdagangan Bebas, FTA bersama Turkiye pada 29 September lalu.

Walaupun gagal dalam Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia–Kesatuan Eropah (MEUFTA), Malaysia juga terlibat secara aktif di dalam rundingan menaiktaraf FTA serantau sedia ada bagi Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China (ACFTA); Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA); dan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN atau ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA).

Datuk Seri Azmin menjawab pertanyaan ahli parlimen, Bukit Bendera, Wong Hon Wai.


(Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali)

Media Baharu