fb fb fb fb fb

48 penyelidik sertai Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan

(Para penyelidik Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan)

KANGAR, 6 Oktober-Seramai 48 penyelidik dari sembilan pusat pengajian tinggi tempatan dan institut penyelidikan serta jabatan kerajaan menyertai Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan kali kelima di Perlis.

Ekspedisi yang diterajui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sejak 1999 itu bertujuan mengumpul maklumat baharu mengenai kepelbagaian biologi serta memperkaya gedung ilmu mengenai biologi hutan seluruh negara.

Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Awang Shaffie Awang Ahmadni, ekspedisi kali ini melibatkan penyertaan antaranya Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Universiti Putra Malaysia dan sebagainya.

Bagi setiap ekspedisi yang dilaksana, bakal disusuli dengan pelaksanaan Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan bagi membincang hasil penemuan dan penyelidikan sebelum didokumentasikan dalam buku prosiding.

Beliau memaklumkannya kepada media pada Majlis Perasmian Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan, Taman Negeri Perlis di Hutan Simpan Bukit Bintang yang dirasmikan Exco Negeri, Teh Chai Ann.

Secara keseluruhannya sehingga kini sebanyak 41 ekspedisi saintifik telah dilaksanakan di seluruh negara sejak tahun 1999 dengan pelbagai penemuan baharu berkaitan flora dan fauna serta spesis hidupan dan organisma mikroskopik telah direkodkan.


(Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Awang Shaffie Awang Ahmadni)

Media Baharu