fb fb fb fb fb

Pemerkasaan TVET kukuhkan trend penurunan kadar pengangguran - Saravanan

(FOTO HIASAN)

BANGI, 28 September - Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal serta Vokasional (TVET) dijangka membantu mengukuhkan trend penurunan kadar pengangguran negara bagi bulan-bulan akan datang.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata ia selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 35 peratus tenaga kerja mahir menjelang 2030.

(Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan)

"Kita lihat hari ini perubahan besar di antarabangsa di mana pendidikan TVET diutamakan dari segi kebolehpasaran dan peluang kerja. Malaysia selari dengan pembangunan seluruh dunia untuk memastikan warga Malaysia khususnya melahirkan modal insan kompetitif dalam bidang TVET," katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan Dialog Tiga Pihak Berstruktur Wilayah Tengah 2022, di sini.

Tambah Saravanan, kerjasama kukuh pihak industri dan institusi TVET amat signifikan dalam memastikan padanan antara penawaran dengan permintaan.

Ini bagi membantu institusi TVET menyediakan kursus berteras industri berteknolgi tinggi berdasarkan kehendak industri.

Katanya, pasaran kerja pada masa depan akan dipenuhi dengan tenaga kerja berkemahiran tinggi, kreatif serta kritis dengan skop pekerjaan dijangka turut berubah.

Media Baharu