fb fb fb fb fb

Baja, racun serangga dicadang sebagai barang kawalan

(Ahli Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Noh Omar)

TANJONG KARANG, 28 September- Input pertanian seperti baja dan racun serangga perlu disenarai sebagai barang kawalan bagi menangani kenaikan harga mendadak sehingga membebankan pesawah.

Ahli Jawatankuasa Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Noh Omar berkata cadangan tersebut telah diusulkan dalam Mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi.

Beliau berpandangan dasar tersebut perlu dilaksana bagi membolehkan kerajaan mengawal harga input pertanian sekali gus memastikan golongan tersebut terus dibantu dan diberi perhatian.

"Minggu lepas saya ada bangkitkan perkara ini supaya dilihat balik bahawa harga input pertanian seperti baja, racun naik agak mendadak. Jadi jika input pertanian ini tidak dikawal, bagaimana mereka nak berminat untuk menjadi petani? Itu input pertanian, belum lagi masalah mereka dengan serangan-serangan serangga yang luar biasa, kadang serangan penyakit, itu belum lagi ribut melanda, takut ada banjir pula lagi, bagaimana mereka nak 'survive'? Modal dah banyak keluar sebab input pertanian yang mahal," katanya.

Noh berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Hari Ladang Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor di Tanjung Karang, Selangor.


(Noh pada Majlis Hari Ladang Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor di Tanjung Karang)

Jelas beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi membantu meningkatkan taraf hidup pesawah.

"Kita berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang memperkenalkan semula skim yang membantu pesawah padi sebelum padi masak, bak kata pepatah berjagung-jagung dahulu sebelum pada masak. Baharu- baharu ni PM umum, dalam musim waktu menunggu musim tuai padi, mereka akan dapat dua kali bantuan. Inisiatif itu menyalurkan semula bantuan pesawah berjumlah RM800 setahun bagi dua musim sementara menunggu hasil tuaian padi.



Media Baharu