fb fb fb fb fb

Pemeriksaan kesihatan OKT melalui pengamal perubatan swasta disediakan - KDN

(Gambar Fail)

KUALA LUMPUR, 22 Mac- Pemeriksaan kesihatan Orang Kena Tahan (OKT) oleh pengamal perubatan swasta disediakan bagi membantu kekurangan pegawai perubatan kerajaan sedia ada.

Ini bakal membantu memastikan lebih 200,000 OKT berada dalam kedaan sihat dan mengurangkan kes kematian dalam tahanan.

Menjawab soalan yang dikemukakan Senator Datuk Bobbey Suan, Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di 684 lokap balai polis sedang dilaksanakan bagi mengawasi OKT selain mengelakkan perkara tidak diingini berlaku dalam lokap.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil berat tentang hak asasi tahanan di semua lokap PDRM di seluruh negara. Ini termasuk usaha mengatasi kes tahanan mati semasa dibawah pengawasan PDRM," kata Dr Ismail Said menjawab soalan Senator Bobbey Suan di parlimen hari ini.


(Foto Fail)

Beliau menambah, mulai tahun ini semua kes kematian dalam tahanan polis disiasat oleh Unit Siasatan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan tidak lagi disiasat oleh pegawai penyiasat bagi memastikan ketulusan siasatan.

Ia juga bagi memberi keadilan kepada keluarga mangsa.

Media Baharu