fb fb fb fb fb

Pemerdagangan manusia, wanita Filipina dan lelaki tempatan ditahan di Labuan

Foto Hiasan

LABUAN, 16 Oktober- Seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Filipina ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di Labuan. 

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintenden Mohd Hamizi Halim berkata mereka diberkas di salah sebuah pusat hiburan di pusat bandar setelah pihaknya menerima maklumat dari Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur berkenaan dua wanita warga Filipina yang minta diselamatkan selepas melarikan diri.
 
Bertindak atas maklumat, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Labuan segera menyerbu pusat hiburan berkenaan dan berjaya menyelamatkan lima wanita lagi Filipina berumur antara 25 hingga 33 tahun yang dipaksa bekerja sebagai pelayan di pusat hiburan itu.
 
Lelaki tempatan dan wanita warga Filipina itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imegresen 1559/63.
 
Superintenden Mohd Hamizi menggesa orang ramai untuk berkongsi sebarang maklumat mengenai kejadian jenayah atau aktiviti penyeludupan manusia dengan polis sebagai usaha untuk membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang.


(Foto Ihsan PDRM Labuan)

 

Media Baharu