GURUN, 16 Oktober - Sebanyak lima buah kampung di sini, dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat melebihi dua jam, malam tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Awang Hidzel Awang Bujang dalam satu kenyataan berkata, menerusi pemantauan pihaknya ke Kampung Teroi Bukit paras air banjir setinggi 0.8 meter dicatatkan.
"Kampung terlibat ialah Kampung Sungai Kunyit, Kampung Sungai Badak,Kampung Jalatang , Kampung Belakang Mahkamah dan Kmpung Teroi Bukit. Sebanyak lima buah rumah di kampung itu terjejas," katanya menerusi kenyataan.
Pihak bomba menerima laporan berkaitan kejadian itu kira-kira pukul 9.45 malam.
Seramai 10 anggota bomba termasuk anggota sukarela dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak ditugaskan memantau keadaan .
Tiada penduduk dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), banjir surut sepenuhnya awal pagi tadi.
(Situasi banjir kilat di salah sebuah kampung terlibat)