fb fb fb fb fb

Raja Muda Kedah mahu rakyat bersyukur dengan keharmonian di Malaysia

Foto FB Kedah Royal Family

KUALA KETIL, 16 Oktober- Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin menzahirkan rasa simpati atas tragedi yang menimpa umat Islam di Palestin ketika ini.

Baginda menyeru umat Islam supaya terus berdoa agar umat Islam di Palestin sentiasa dilindungi Allah SWT.

"Namun, ada saudara kita di Palestin yang sedang berduka lara dan hidup dalam keadaan ketakutan akibat peperangan.

Di kesempatan ini, beta ingin mengajak seluruh hadirin sekalian untuk sentiasa berdoa agar saudara kita di Palestin sentiasa dilindungi oleh Allah SWT daripada perbuatan kejam rejim Zionis," titah baginda pada sidang kedua Istiadat Konvokesyen UniSHAMS kali ke-25 di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah UniSHAMS Kampus Kuala Ketil, Baling.


(Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin)

Baginda yang juga Pro Canselor 1 bertitah agar semua pihak perlu bersyukur kerana Malaysia dianugerahkan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan kebudayaan yang bersatu padu.


Justeru, Tengku Sarafudin Badlishah mengingatkan semua pihak supaya sentiasa menjaga keharmonian rakyat negara ini. 

Tambah baginda, keamanan dan kedamaian menjadikan negara sentiasa berkembang maju.

Istiadat Konvokesyen UniSHAMS kali ini yang berlangsung selama dua hari itu menyaksikan seramai 1,290 graduan menerima penganugerahan diploma dan ijazah masing-masing.

Daripada jumlah itu, 340 graduan menerima diploma dan ijazah pada sidang kedua. 

Media Baharu