fb fb fb fb fb

Pembukaan Tabika Perpaduan yang baharu, kriteria dan syarat penubuhan ditambah baik

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Kriteria dan syarat penubuhan ditambah baik bagi pembukaan Tabika Perpaduan yang baharu.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamad Sadique berkata ia termasuk sekurang-kurangnya 200 unit rumah atau 500 penduduk dalam kawasan cadangan penubuhan.

Selain itu mempunyai premis yang sesuai dan selamat serta lokasi yang mempunyai kanak-kanak pelbagai kaum dan pecahan komposisi.

Beliau turut memaklumkan, kaji selidik ke atas kecenderungan ibu bapa berbilang kaum dalam komuniti turut dilaksanakan sebelum memutuskan penubuhan sesebuah Tabika Perpaduan untuk mengukur keperluan sebenar komuniti setempat.

"Pembukaan sesebuah tabika perpaduan juga adalah dengan mengambil kira kewujudan tabika swasta dan tabika kerajaan yang lain seperti Kementerian
Pendidikan dan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Luar Bandar," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukakan Senator Fadhlina Sidek.


(Datuk Halimah Mohamad Sadique ketika sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini)

Media Baharu