KUALA LUMPUR, 14 Februari- Pembukaan semula sempadan negara hanya akan dipertimbangkan selepas sesi perbincangan dibuat bersama negara-negara yang terlibat.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Sri Nancy Shukri memaklumkan perbincangan berhubung pembukaan sempadan akan bermula dengan negara-negara ASEAN dan akan menilai setiap nasihat dan cadangan yang dikemukakan kementerian kesihatan.
"Perkara ini berada diperingkat perlaksanaan, akan sentiada ada perjanjian biletral antara negara-negara terlibat untuk mengetahui situasi lanjut di sana,
"Keputusan untuk membenarkan aktiviti pembukaan sempadan ini memerlukan persetujuan kedua-dua pihak, tidak hanya melibatkan Bangkok bahkan ada lagi negara-negara lain," jelasnya selepas menghadiri Forum Bicara Negara: Pemikiran dan Kepimpinan Tun Hussein Onn di ibu negara.
Katanya lagi, perbincangan sentiasa dilakukan kementeriannya dan sebarang keputusan akan dibuat dengan mengambil kira situasi pandemik negara dan negara luar.