fb fb fb fb fb

Pembukaan sempadan, PM umum pengecualian tol di Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Kerajaan bersetuju memberikan pengecualian bayaran tol untuk rakyat Malaysia di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar dan Tanjung Kupang sempena pembukaan semula sempadan.

Jelas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pengecualian bayaran tol selama tujuh hari bermula 1 April 2022 melibatkan semua jenis kenderaan.

"Perdana Menteri memaklumkan pengecualian bayaran tol berkenaan membabitkan plaza-plaza tol Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan di kedua-dua pintu masuk sempadan negara iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (LebuhRaya Linkedua)," kata kenyataan itu.

Pemberian pengecualian bayaran tol ini membabitkan perjalanan masuk dan keluar menerusi kedua-dua tol terlibat.

Pengecualian ini adalah tambahan kepada pengecualian Caj Jalan (CJ) yang dikenakan kepada kenderaan persendirian pendaftaran Singapura apabila memasuki Malaysia melalui laluan darat di kedua-dua lokasi.

PLUS menjangkakan keputusan berkenaan memanfaatkan lebih 300,000 perjalanan rentas sempadan Malaysia-Singapura.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/Gambar Fail)

Media Baharu