fb fb fb fb fb

Pembubaran DUN Pahang: Belum ada tarikh menghadap Pemangku Raja Pahang- Wan Rosdy

(Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail)

KUANTAN, 11 Oktober- Belum ada tarikh untuk menghadap Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pihaknya masih menanti tarikh tersebut susulan pembubaran Parlimen agar pilihan raya negeri diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ujarnya, berikutan itu beliau yang merupakan Badan Pengerusi UMNO Pahang enggan mengulas lanjut tentang calon yang akan diketengahkan parti berkenaan bagi menduduki kerusi di Parlimen dan DUN pada PRU15 nanti.

"Saya tak dapat tarikh dengan Tuanku lagi, dalam proses. Isi kandungan Belanjawan Pahang 2023 dibentangkan Jumaat lalu boleh dikira sebagai manifesto.," katanya.

Pada PRU14 lalu, daripada 42 jumlah kerusi DUN Pahang, 25 kerusi telah dimenangi BN, sembilan kerusi oleh Pakatan Harapan (PH) dan lapan kerusi dimiliki PAS.

Wan Rosdy berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Jentera (Traktor) kepada Jabatan Pertanian Negeri Pahang, di perkarangan DUN Sri Wisma Pahang, Kuantan.

Sebanyak 3.4 juta diperuntukkan kerajaan negeri bagi membeli 22 traktor untuk membantu petani yang berhadapan kesukaran menyewa traktor bagi menguruskan tanah pertanian mereka.


(Wan Rosdy menyempurnakan Majlis Penyerahan Jentera (Traktor) kepada Jabatan Pertanian
Negeri Pahang di perkarangan DUN Sri Wisma Pahang, Kuantan)

Media Baharu