fb fb fb fb fb

Ban pecah di Tanjong Karang, kerja pembaikan sedang dijalankan

SHAH ALAM, 11 Oktober- Sebuah ban berhampiran Pekan Tanjong Karang, dekat sini pecah ketika kerja-kerja menaik taraf benteng berkenaan dijalankan, menyebabkan berlaku limpahan di kawasan berdekatan.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata, setakat ini kesemua kawasan telah surut dan berada dalam keadaan terkawal.

“Anggaran ketinggian paras air ketika kejadian kira-kira tiga kaki (0.91 meter) selain keadaan terkawal.

Tiada pusat pemindahan dibuka,” katanya dalam satu kenyataan.

(Foto Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang) 

Tambah beliau, pihaknya akan memantau dari semasa ke semasa bagi persediaan fenemona air pasang besar yang akan berlaku pada pukul 6.00 petang ini.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor sedang dalam proses membaiki ban dan akan diusahakan siap sebelum air pasang berlaku.

Media Baharu