fb fb fb fb fb

Enggan bubar DUN, risiko kos lebih besar untuk pilihan raya berasingan

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Tindakan beberapa negeri enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan situasi banjir dianggap tidak wajar.

Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail berkata pilihan raya secara berasingan memerlukan perbelanjaan yang lebih besar.

"Pembubaran parlimen kali ini telah menamatkan beberapa spekulasi yang telah muncul. Kita harus sedar parlimen telah dibubarkan, hendak atauj tak hendak dalam tempoh 60 hari, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu melaksanakan. Saya kira untuk lebih selamat PRU perlu diadakan sebelum 15 November yang mana MET Malaysia telah mengeluarkan kenyataan mungkin selepas itu akan berlaku hujan lebat yang mengakibatkan banjir di negeri-negeri.

Beliau berkata demikian secara maya dalam program bual bicara di Angkasapuri.


(Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia UPM,
Prof. Madya Dr. Mohd Mahadee Ismail)

Semalam Kelantan di bawah kerajaan PAS mengesahkan tidak akan membubarkan Parlimen, sementara Terengganu masih belum membuat keputusan.

Sementara Pakatan Harapan (PH) pada 5 Oktober lalu turut berpendirian sama bagi Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

Media Baharu