MASJID TANAH, 1 Julai-Cadangan bagi menjadikan trem sebagai pengangkutan awam di Melaka masih dalam perbincangan kerajaan negeri
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka, Datuk Hameed Mythin Kunju Basheer berkata, pelbagai perkara perlu diperhalusi bagi memastikan perkhimatan berkenaan mampu memberi manfaat kepada penduduk negeri itu
Menurutnya, operasi perkhidmatan trem itu dijangka dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Melaka.
Sehubungan itu, Beliau bakal mengadakan perjumpaan dengan pihak syarikat penyedia perkhidmatan bagi meneliti kertas kerja berkaitan pembinaan trem terutama di kawasan bandaraya Melaka.
"Kita ingin melihat cadangan daripada kertas kerja yang disediakan mereka.
Apakah perkhidmatan trem ini sesuai dilaksanakan di sini (Melaka), Adakah ia memberi impak positif atau negatif kepada kesesakan lalu lintas?", katanya ketika ditemui media pada Program Korban Perdana DUN Ayer Limau, di sini.
Kerajaan Negeri Melaka ketika ini sedang giat merancang untuk melakukan sistem penyuraian trafik, khususnya di kawasan bandar, yang sering membelenggu para pengunjung khususnya pada hujung minggu dan cuti umum.
(Exco Melaka, Datuk Hameed Mythin Kunju Basheer/FOTO
https://www.facebook.com/cikguhameedbasheer)