fb fb fb fb fb

Pembinaan SK Ukay, Sungai Sering mula hujung tahun depan, dijangka siap 2025

AMPANG, 30 Oktober- Projek pembinaan Sekolah Kebangsaan Ukay, Sungai Sering di kawasan Bukit Antarabangsa, Gombak dijangka siap pada hujung 2025.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan segala kekangan yang dihadapi khususnya berkenaan tanah di tapak cadangan tersebut sudah selesai dan proses pembinaan bermula pada hujung tahun depan.

"Insya-Allah, sekolah ini kontraktornya akan mula masuk tapak pada hujung tahun hadapan dan akan siap pada hujung tahun 2025.


(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin)

"Kita lihat, kami di kementerian menyedari mempunyai keperluan untuk siapkan segera kerana ibu bapa di sini sukar untuk menghantar anak, melalui lebuhraya sebagainya dan sekolah di sekeliling juga hampir memenuhi kapasiti yang optimum", katanya.

Menurutnya, keluasan tanah di tapak cadangan adalah 2 hektar dengan kapasiti 30 bilik darjah. Jelas beliau pembinaan sekolah tersebut diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Beliau berkata demikian selepas Pogram Bicara Transformasi Pendidikan bersama-sama komuniti.

Turut hadir, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Media Baharu