AYER KEROH. 22 Februari-Kerja-kerja pembinaan loji sisa tenaga (WTE) di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang, Melaka akan bermula selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, peruntukkan telah diluluskan oleh Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan pelaksanaan projek kini di peringkat Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS).
“Baru-baru ini pihak Pengarah Jabatan Sisa Pepejal sendiri Datuk Dr Azhar ada turun bertemu dengan Ketua Menteri.
"Dalam pertemuan itu beliau ada menyatakan komitmen pihak KPKT pertengahan tahun ini akan ada kemajuan yang besar.
"Insya-Allah peruntukan semua sudah ada dan telah pun diberi kepada syarikat.
"Kami hanya menunggu tetapi kita dan keprihatinan Ketua Menteri juga sentiasa untuk memastikan WTE dapat dilaksanakan segera", katanya demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Anda Kitar Kami Bayar Perdana 100 TAN KG Kitar Semula Komuniti Lestari di Dataran MBMB, di sini.