fb fb fb fb fb

Pembinaan Kompeks Sukan Bukit Merbau awal tahun depan

PASIR PUTEH, 7 Ogos- Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) sebanyak RM256 juta dibawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) bagi pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau, di sini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata infrastruktur tersebut akan dilengkapi enam komponen sebagai persiapan salah satu lokasi Sukan Malaysia (SUKMA) ke-22 di negeri itu pada tahun 2026.

Menurut beliau, pembinaan kompleks sukan berkenaan bakal menempatkan stadium utama berkapasiti 20,000 penonton yang mengandungi padang bola sepak dan trek olahraga.

Selain Arena Tertutup dengan gelanggang pelbagai guna, Stadium Hoki, Gelanggang Lawn Bowl, Pusat Skuasy serta lapang sasar menembak.

"Ini sejarah bagi negeri Kelantan, beberapa negeri sudah pun menjadi hos SUKMA ini beberapa kali, ada dua kali ada tiga kali, Kelantan tidak pernah ini kali pertama.

"Ini rekod negeri Kelantan sudah pasti SUKMA dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Kelantan dan komponen utama SUKMA pastinya stadium, lain-lain itu akuatik," katanya.

(Mustapa Mohamed)

Beliau menyatakan demikian selepas meninjau lokasi tapak pembinaan Kompleks Sukan Bukit Merbau, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawantankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Wan Hamat.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata projek yang dijangka bermula Januari tahun depan itu merupakan komitmen di antara kerajaan Persekutuan dan negeri dalam membangunkan kemudahan yang mengutamakan aspek gaya hidup sihat, sosial dan sukan Keluarga Malaysia di negeri Kelantan.

Media Baharu