fb fb fb fb fb

Pembinaan kilang penapisan SAF, komitmen Malaysia perkukuh kelestarian alam

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad/ Foto FB NRES

KUALA LUMPUR, 25 April- Komitmen Malaysia terhadap kelestarian alam sekitar terus diperkukuh menerusi projek pembinaan kilang penapisan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) bernilai AS$500 juta.

Ia diterajui kerjasama strategik antara Bin Zayed International Malaysia (BZI) dan syarikat tempatan FatHopes Energy Sdn. Bhd.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata perkongsian itu sebagai perubahan permainan bagi sektor tenaga dan penerbangan negara.

"Pelan hala tuju peralihan tenaga negara (NETR) menyasarkan 47 peratus SAF (Sustainable Aviation Fuel) pada 2050, bermula dengan mandat satu peratus.

"Hal ini menyokong Pelan Tindakan Pemulihan Industri Penerbangan dan Pelan Tindakan Inisiatif Langit Hijau Malaysia", katanya pada Majlis Pemeteraian Perjanjian Strategik antara Bin Zayed International dan FatHopes Energy di ibu negara.

Tambahnya, kilang tersebut mampu menghasilkan sehingga 300,000 tan SAF setiap tahun, dengan menggunakan pelbagai bahan buangan termasuk minyak masak terpakai.

Kerjasama BZI dan FatHopes Energy itu bukan sahaja bakal mengubah landskap tenaga boleh diperbaharui negara, malah membuka laluan baharu untuk meneroka pasaran serantau termasuk Asia Barat.

Selain itu, kerjasama ini seiring dengan aspirasi negara bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional, yang menyasarkan campuran 47 peratus SAF menjelang tahun 2050.

 

ROSLINA BINTI DIN