fb fb fb fb fb

Pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri akan diteruskan

PUTRAJAYA, 14 Jun- Pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan yang dilaksana berdasarkan beberapa kajian, akan diteruskan.

Ia berteraskan tiga matlamat utama iaitu sebagai penjanaan elektrik, tebatan banjir serta sumber air bersih selain bagi tujuan ekopelancongan.


(Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan)

Perkara tersebut dinyatakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar, Penilaian Impak Warisan dan Penilaian Impak Sosial telah dijalankan.

Malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia turut dilibatkan sebagai 'orang tengah' antara masyarakat Orang Asli di kawasan terlibat dengan kerajaan dan TNB.

"Orang Asli di perkampungan yang terlibat di hidro negeri ini, beberapa kampung. Masyarakat orang Asli di tiga perkampungan juga telah diberikan penempatan dengan pembiayaan daripada kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Bukan sahaja diberi rumah, malah kebun dan segala kemudahan sosial juga disediakan. Semua telah diperuntukkan”, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pembinaannya turut mendapat sokongan lebih 80 peratus responden berdasarkan kajian, dan ketika ini tiada sebab untuk kerajaan menghentikan pembinaannya.

Media Baharu