fb fb fb fb fb

KPDNHEP Kedah rampas 49 ribu kilogram baja sebatian

ALOR SETAR, 14 Jun- Baja sebatian seberat 49 ribu kilogram dirampas dalam dua serbuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas dua gudang penyimpanan baja di Alor Setar.

Pengarah KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Kanth berkata, dalam serbuan pertama semalam, pemeriksaan dibuat ke atas sebuah gudang yang disyaki menyimpan baja bersubsidi.

Gudang tersebut mempunyai lesen borong untuk menyimpan baja dengan had simpanan sebanyak 500 metrik tan baja.


(Pengarah KPDNHEP Kedah, Affendi Rajini Kanth)

Namun satu tindakan kes diambil kerana premis didapati tidak menyelenggara buku stok yang merupakan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Manakala, serbuan ke atas gudang kedua di Simpang Empat, Alor Setar mendapati kira-kira 49 kilogram baja bersubsidi berada dalam gudang tersebut.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati baja berkenaan disimpan di tempat yang tidak dilesenkan.

Turut disita, sebuah lori, dua unit Forklift, alat penimbang dan mesin jahit tangan.

Media Baharu