fb fb fb fb fb

Pembersihan pantai, MOTAC salur peruntukan kepada parlimen Batu Sapi dan Sandakan

Foto Fail

SANDAKAN, 4 Mei- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menyalurkan peruntukan pembersihan pantai dalam kawasan Parlimen Batu Sapi dan Sandakan.

Timbalan Menteri MOTAC, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata peruntukan tersebut akan disalurkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) bagi mengembangkan industri pelancongan di kedua-dua kawasan, sekali gus memperbaiki ekonomi penduduknya.

Insentif berkenaan diumumkan Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing dalam Pesta Tahun Baharu Cina di Taman Mawar, Februari lalu.

''Berhubung pengumuman Menteri MOTAC berkenaan peruntukan pembersihan pantai di kawasan Batu Sapi dan Sandakan, kita akan salurkan menerusi NGO."

"Kemudian, NGO akan bekerjasama rapat dengan pejabat parlimen dan program ini akan diadakan dalam masa terdekat," kata Khairul kepada pemberita sempena program MOTAC@Batu Sapi di Padang PPR Batu Sapi, Sandakan.

Mengenai program itu, beliau berkata ia bagi mengetengahkan tradisi perayaan Aidilfitri selain memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM