fb fb fb fb fb

Pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak dinaikkan RM300 juta

KUCHING, 20 Januari - Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak berdasarkan Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sidang Media Khas selepas Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63 di sini, mendedahkan bagi peringkat awal peruntukan untuk Sarawak dinaikkan kepada RM300 juta berbanding RM16 juta seperti yang diterima sebelum ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyifatkan pemberian khas RM16 juta sebelum ini tidak munasabah dan adil jika dibandingkan dengan kedudukan Sabah dan Sarawak semasa pembentukan Malaysia.

(FOTO FAIL)

"Jadi untuk peringkat awal, Premier menekan satu kaedah, dan kita tetapkan semla satu kaedah yang jelas, saya setuju dalam mesyuarat tadi setuju formula yang jelas, peringkat awal ini dari RM16 juta naik sekitar RM300 juta sebagai sumbangan tetapi ini tertakluk kepada formula yang ditetapkan," kata Anwar di sini.

Justeru itu, satu formula khas yang telah dipersetujui akan diguna pakai bagi menentukan jumlah pemberian khas yang akan diterima kedua-dua negeri.

Bawah formula itu pemberian khas yang diberikan tidak akan terikat kepada jumlah yang telah ditetapkan kerana ia turut mengambil kira kepada keupayaan ekonomi kewangan negara.

Media Baharu