fb fb fb fb fb

Bonus penjawat awam negeri dikecualikan cukai- PM

(FOTO HIASAN)

KUCHING, 20 Januari- Pemberian bonus bagi semua pegawai perkhidmatan awam di semua negeri dikecualikan cukai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun pada asalnya cadangan tersebut disuarakan Premier Sarawak, namun pengecualian cukai tersebut terpakai kepada semua penjawat awam di semua negeri.

"Sekarang ini bonus yang diberikan oleh kerajaan negeri itu tertakluk kepada cukai, tapi saya fikir munasabah jadi bonus itu tidak tinggi, oleh itu bonus tersebut akan dikecualikan dari cukai.

"Yang ini terpakai untuk semua pegawai perkhidmatan awam di semua negeri, jadi walaupun dicadangkan untuk Sarawak tetapi terpakai untuk semua penjawat awam di negara kita,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kuching, Sarawak.


(Perdana Menteri (TENGAH) ketika menghadiri Mesyuarat Tindakan Pelaksanaan MA63

bersama Premier Sarawak serta Ketua Menteri Sabah di Kuching)

Media Baharu