fb fb fb fb fb

Pemberian dos penggalak COVID-19 secara 'walk-in' di empat PPV Integrasi, bermula hari ini


KUALA LUMPUR, 27 Januari- Bermula hari ini, suntikan dos penggalak COVID-19 boleh diterima secara datang terus atau 'walk-in' di empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi sekitar Lembah Klang.

Kemudahan itu disedia untuk penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas.

Empat PPV Integrasi terlibat adalah PPV WTC Kuala Lumpur, PPV Axiata Arena, Bukit Jalil, PPV Ideal Convention Centre, Shah Alam dan PPV Dewan Soka Gakkai, Klang.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya memaklumkan, kesemua PPV Integrasi itu akan memberi vaksin Astrazeneca kepada penerima.

Bagaimanapun, vaksin Pfizer juga akan diberi kepada individu tertentu seperti ibu hamil yang telah menerima janji temu atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap vaksin AstraZeneca.

Individu yang mahu mendapatkan suntikan dos penggalak secara jumpa terus perlu memastikan sijil vaksinasi digital dalam aplikasi MySejahtera adalah lengkap bagi melancarkan proses vaksinasi.

Media Baharu