fb fb fb fb fb

Ops Utama: 169 saman dikeluarkan


ISKANDAR PUTERI, 27 Januari
- Sebanyak 169 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan, menerusi Ops Utama yang dijalankan di Iskandar Puteri, Johor, semalam.

Operasi selama empat jam itu, melibatkan pemeriksaan ke atas 182 kenderaan, serta 197 individu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar memaklumkan, 83 saman dikeluarkan atas kesalahan memotong barisan secara bahaya, manakala 51 saman atas kesalahan melanggar lampu isyarat.

Selain itu, 35 saman turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lain.

Tindakan diambil mengikut Kaedah enam (1) LN 166/59.

Operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi menguatkuasakan undang-undang jalan raya, disamping mengurangkan risiko kemalangan.

Media Baharu