fb fb fb fb fb

Pembenihan awan di Kolam Bukit Merah diteruskan

(Saarani pada program Hari Bertemu Pelanggan di Stadium Indera Mulia Ipoh, hari ini)

IPOH, 7 Jun- Proses pembenihan awan akan tetap dilakukan di Empangan Kolam Bukit Merah di daerah Kerian meskipun terdapat peningkatan paras air di kawasan tersebut.

Jaminan itu diberi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Katanya, langkah tersebut perlu bagi menampung keperluan air di kawasan sekitar empangan.

"Walaupun ada peningkatan tetapi saya pasti ia tidak mencukupi, sebab Bukit Merah tidak ada mata air, tidak ada sumber mata air macam tasik lain, jadi maknanya kalau hujan tak turun dan air Bukit Merah itu dialirkan ke luar untuk pengairan akhirnya kering juga.

"Jadi sebab itu kita kena bersiap sedia bila masa yang diperlukan kita mesti sentiasa untuk menampung air dalam takungan itu," katanya.

(Saarani Mohamad)

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada program Hari Bertemu Pelanggan di Stadium Indera Mulia Ipoh, di sini hari ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri bercadang melakukan proses pembenihan awan susulan penyusutan paras air yang melanda kawasan itu beberapa minggu lalu.

Media Baharu