fb fb fb fb fb

Pembelajaran digital dan hibrid jadi fokus UPSI

Timbalan Pengarah e-Pembelajaran dan Transformasi Akademik Pusat Pembangunan Akademik UPSI, Dr Yuhanis Mhd Bakiri/RTM

KUALA LUMPUR , 24 Disember - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh transformasi akademik dengan pelaksanaan e-pembelajaran dan pembelajaran hibrid, sejajar perkembangan teknologi digital dalam pendidikan tinggi negara.

Timbalan Pengarah E-Pembelajaran dan Transformasi Akademik Pusat Pembangunan Akademik UPSI, Dr Yuhanis Mhd Bakiri, berkata pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi memberi fleksibiliti kepada pelajar, termasuk micro-credentials, pembelajaran teradun, dan pembelajaran secara hibrid, khususnya ketika cuti akademik.

"Dalam masa sama, pelbagai inovasi pendidikan berasaskan e-pembelajaran turut diperkenalkan, termasuk Immersive Expression Learning yang membolehkan pelajar bukan sahaja mengikuti pembelajaran secara bersemuka, malah berada dalam persekitaran pembelajaran digital menerusi penggunaan teknologi realiti maya, realiti terimbuh serta realiti lanjutan", kata beliau selepas bersiaran
bersiaran di Selamat Pagi Malaysia

Dalam pada itu, Dr Yuhanis madalah mengimbangi penggunaan teknologi dengan nilai adab, akhlak dan kemanusiaan bagi melahirkan guru serta graduan berkualiti.

“Bukan sahaja teknologi itu penting, tetapi bagaimana kita mengendalikan teknologi tersebut yang paling utama.”

Selain itu, UPSI memperkasa penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pendidikan melalui kerjasama antarabangsa, termasuk menghantar pakar-pakar institusi mengikuti program AI in Education di Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan Tsinghua University.

Inisiatif tersebut menekankan pendidikan berteraskan nilai, memastikan pembangunan akademik dan sahsiah pelajar bergerak seiring, bagi menerajui pendidikan masa depan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD