KUANTAN, 24 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang terus menunjukkan pengurangan kepada 65 orang daripada 18 buah keluarga pada tengah hari ini berbanding 79 orang daripada 27 keluarga, malam tadi.
Kesemua mereka ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga buah daerah.
Menurut aplikasi Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Maran menempatkan penduduk terjejas paling ramai, iaitu 35 orang daripada enam keluarga yang kini berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
Diikuti daerah Pekan, iaitu seramai 16 penduduk daripada lapan keluarga berlindung di PPS Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, manakala di Kuantan, seramai 14 penduduk daripada empat buah keluarga berada di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Semangat.