fb fb fb fb fb

Malaysia bela nasib Palestin di UNGA ke-78

(FOTO AFP)

NEW YORK, 20 September- Malaysia melalui Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membawa suara negara berkaitan isu pembelaan Palestin terutamanya dalam usaha membantu mengatasi masalah dihadapi rakyat Palestin.

Ia dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Enam Negara Pertubuhan Kerjasama Islam OIC mengenai Palestin.

"Dalam mesyuarat kali ini kita turut mengemukakan bahawa jawatankuasa enam negara ini perlu dikembangkan lagi dalam usaha kita untuk menambah keanggotaan serta memberi impak lebih besar untuk mengemukakan cadangan yang diperlukan bagi mengatasi masalah Palestin serta memberi bantuan yang diperlukan oleh mereka, "katanya.

Malaysia juga berharap usaha sedemikian dapat sama-sama dibawa ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, Dr Zambry turut memaklumkan bahawa nasib Rohingya yang masih belum diselesaikan turut mendapat perhatian di UNGA ke-78.

Krisis kemanusiaan itu bertambah buruk susulan kesan Taufan Mocha yang melanda pada Mei lalu.

Menurutnya, kempimpinan dunia perlu mendesak kerajaan Myanmar tentang kepentingan menerima pulang pelarian itu ke Myanmar dan memastikan mereka selamat tinggal di negara tersebut.

Krisis Rohingya telah memberi kesan kepada Malaysia sejak sekian lama dengan Malaysia membantu melindungi mereka daripada penindasan di Rakhine.

Ketika ini, Malaysia menjadi negara keempat terbesar yang menerima jumlah pelarian itu untuk dilindungi selain turut menghulurkan sumbangan pembinaan hospital medan di Cox's Bazar.


(Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir)

Media Baharu