fb fb fb fb fb

Jaga adab ketika berbahas- Wan Junaidi

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 20 September -Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar  meminta Ahli Dewan Negara agar sentiasa menjaga etika semasa perbahasan ketika persidangan berlangsung.

Tegas Wan Junaidi, perbezaan pendapat adalah dibenarkan namun perlu berlandaskan undang-undang dan perlembagaan Parlimen.

Menurutnya, ia sekali gus tidak mengulangi situasi tegang yang berlaku di Dewan Rakyat ketika sesi penggulungan Perdana Menteri, petang semalam.

"Saya berharap kita mesti menunjukkan sikap dan adab yang dikehendaki berlandaskan perlembagaan.

"Apa yang berlaku di Dewan Rakyat semalam menjadi cemuhan dan kita tidak mahu perkara sama berlaku", katanya ketika ketika sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal RMKe-12 di sini.

Semalam, Ahli Parlimen Perikatan Nasional PN keluar beramai-ramai meninggalkan sidang Dewan Rakyat selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam Radzi Jidin kerana ketawa ketika penjelasan mengenai kes Ahmad Zahid Hamidi.


(Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar )

Media Baharu