fb fb fb fb fb

Pembedahan neurosurgery boleh dilaksanakan di Hospital Melaka

(Hospital Melaka)

MELAKA, 1 September- Sistem bekalan elektrik di Hospital Melaka dinaik taraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kini pembedahan Neurosurgery boleh dilaksanakan di hospitala berkenaan.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Rusdi Abd. Rahman, "sebelum ini pembedahan berkenaan terpaksa dilakukan di Hospital Seremban atau Hospital Kuala Lumpur."

Beliau berkata, pihaknya kini sudah bersedia untuk tujuan berkenaan selepas Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bilik pembedahan sudah tersedia.

Buat masa ini hanya terdapat seorang pakar ditempatkan di hospital berkenaan namun secara penggiliran sejak Julai lalu; ”maksudnya penggiliran itu adalah pakar-pakar daripada hospital lain datang tetap secara setiap hari tetapi dia bergilir sebulan sekali untuk datang ke sini.

"Penggiliran itu mungkin sebulan sekali, atau mungkin dua minggu sekali. Bergantung kepada keadaan yang diperlukan.

"Tetapi dengan cara ini insya-Allah bahagian pembedahan2 yg rasa boleh dibuat di hospital Melaka buat di Hospital Melaka insya-Allah." Jelas beliau ketika ditemui pemberita.

Projek naik taraf sistem elektrik berkenaan diurus selia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka dengan kos RM23.9 juta dan telah siap sepenuhnya pada 15 Ogos lalu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Sistem Bekalan Elektrik Hospital Melaka yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

(Datuk Dr Rusdi Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka)

 

Media Baharu