LANGKAWI, 1 September - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) sedang memantau dan memperhebatkan persiapan logistik sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA '23).
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata langkah itu bagi memastikan pameran berprestij mulai 23 hingga 27 Mei tahun depan berjalan lancar.
Katanya, mesyuarat pertama jawatankuasa induk pameran itu berlangsung baru-baru ini dan LADA dilantik selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kebersihan LIMA'23.
(Nasaruddin ketika ditemui pemberita RTM)
"Kita memperbaiki jalan, papan tanda dan sebagainyadan kita juga memerlukan sokongan daripada jabatan-jabatan dan kementerian di peringkat pusat untuk memnberika peruntukan yang bersesuaian supaya semuanya dalam keadaan baik menjelang LIMA '23 nanti," kata Nasaruddin di sini.
LADA kini sedang memacu kerja-kerja menaiktaraf Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Padang Matsirat sebagai lokasi utama pameran itu.
Antaranya kerja menaiktaraf sistem penghawa dingin dan pencahayaan dalam dewan serta dataran persekitaran MIEC.
Ia bertujuan memberi keselesaan kepadakira-kira 600 syarikat pempamer termasuk delegasi terlibat membabitkan 20 buah negara, selain puluhanribu pengunjung sepanjang lima hari pameran itu berlangsung.