fb fb fb fb fb

Pembayar zakat di Melaka meningkat

BANDARAYA MELAKA, 22 Ogos- Pembayaran zakat melalui potongan gaji di Melaka menunjukkan peningkatan pada tahun ini iaitu lebih 33,000 pembayar dengan kutipan bayaran sebanyak RM33.07 juta sehingga 31 Ogos.

Jumlah itu meningkat 13.81 peratus berbanding kutipan diterima sebanyak RM29.06 juta dengan 32,024 pembayar zakat secara potongan gaji dalam tempoh sama tahun lalu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata, ia menunjukkan perkembangan dan kesedaran positif bagi pembayaran zakat dalam kalangan umat Islam di negeri itu.

Secara keseluruhan jumlah kutipan zakat Melaka setakat 31 Ogos adalah sebanyak RM89.17 juta.

"Sehingga 31 Ogos kita telah pun mencapai kutipan sebanyak RM89.17 juta ini peningkatan berbanding tahun lepas.

"Insya-Allah sasaran kutipan zakat kita pada tahun ini adalah sebanyak RM123 juta dapat dicapai," kepada pemberita pada Majlis Anugerah Zakat Melaka Sektor Awam dan Swasta 2022 di Bandaraya Melaka.

Tambah Rahmad, sehingga 31 Ogos, zakat pendapatan merekodkan jumlah kutipan tertinggi iaitu sebanyak RM48.05 juta atau 57.60 peratus manakala zakat terendah adalah Zakat Pertanian dengan kutipan kira-kira RM31,000 atau 0.04 peratus.

(Datuk Rahmad Mariman)

Media Baharu