fb fb fb fb fb

Masjid Selat Melaka ditutup sementara

BANDARAYA MELAKA, 22 September- Masjid Selat Melaka terletak di Pulau Melaka ditutup sementara kepada pelancong, namun untuk melakukan ibadah masih dibenarkan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata, penutupan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf di masjid berkenaan.

"Insya-Allah kerja-kerja naik taraf akan siap laksanakan pada penghujung tahun ini. Buat sementara waktu ini kita memang membuat penutupan sementara kepada pelancong kerana kawasan tersebut sedang dalam proses baik pulih.

"Saya khuatir akan membahayakan kepada pelancong-pelancong kerana kawasan tersebut kurang selamat ketika ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Anugerah Zakat Melaka Sektor Awam dan Swasta 2022 di Bandaraya Melaka di sini.

Kerja-kerja naik taraf keseluruhan masjid berkenaan kira-kira RM2.8 juta.

Naik taraf tersebut sebagai persediaan Tahun Melawat Melaka 2024.

(Datuk Rahmad Mariman)

Media Baharu