fb fb fb fb fb

Pembangunan RS-1 capai kemajuan hampir 60 peratus

Datuk Seri Amirudin Shari

SHAH ALAM, 18 November- Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang menjadi kerangka pembangunan negeri itu untuk tempoh lima tahun hingga 2025 mencapai tahap kemajuan hampir 60 peratus setakat September lalu.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata daripada 282 projek, program dan inisiatif (PPI) yang dirancang, 65 peratus melibatkan 183 PPI masih dalam pelaksanaan selain 38 projek dalam fasa pra-pelaksana dan dijangka siap tahun depan.

"Satu jawatankuasa dikenali skor RS-1 yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Selangor Datuk Haris Kasim akan memantau keseluruhan projek-projek ini.

"Mesyuarat secara bulanan diadakan untuk memastikan projek-projek ini dapat mencapai sasarannya. Kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk memaparkan laporan prestasi pelaksanaan RS-1 melalui portal rasmi kerajaan negeri setiap bulan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Adun Bukit Gasing R.Rajiv mengenai status pencapaian rancangan-rancangan kerajaan negeri dalam Rancangan Struktur Pertama setakat ini di Sidang Dewan Negeri Selangor di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI