fb fb fb fb fb

Pembangunan negara perlu fokus kesejahteraan rakyat - Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 7 Oktober – Pembangunan negara perlu bergerak maju dengan mengambil kira penyelesaian terbaik bagi memastikan kesejahteraan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk penyasaran subsidi diesel yang diperkenalkan pada Mei lalu.

Katanya, penjimatan daripada langkah tersebut telah disalurkan semula kepada rakyat dalam bentuk subsidi lain dan pemindahan tunai.

“Pembangunan kita mesti berpandangan ke hadapan, dan penyelesaian kita mesti berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat, menangani ketidaksamaan dan memupuk pemikiran tanggungjawab bersama serta inovasi," katanya ketika menyampaikan ucaptama di Forum Khazanah Megatrends 2024, di sini.

Tambah Anwar, kerajaan akan terus berani dalam melaksanakan pembaharuan struktur bagi memastikan kemajuan negara tercapai dan ketidaksamaan dapat dikurangkan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN