fb fb fb fb fb

Pembangunan Kertas Putih tepat pada masanya, pastikan Keluarga Malaysia kekal sejahtera - PM

(Perdana Menteri berucap merasmikan Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022)

KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Satu perancangan yang komprehensif dan menyeluruh perlu dibentuk supaya kesejahteraan Keluarga Malaysia kekal utuh pada masa hadapan.

Tujuannya bagi memperkukuh sistem kesihatan negara secara menyeluruh agar sejajar dengan keperluan kesihatan rakyat ketika ini.

Pada masa sama, sentiasa bersedia mendepani cabaran dalam tahun-tahun yang mendatang.

"Kertas Putih ini bukan sahaja menumpukan kepada transformasi perkhidmatan kesihatan, tetapi juga meneliti aspek-aspek lain yang membawa impak kepada kesihatan Keluarga Malaysia yang pada masa sama, keberkesanan sistem kesihatan negara tidak seharusnya digalas oleh pihak Kementerian Kesihatan semata-mata, sebaliknya menjadi tanggungjawab semua pihak seperti pemegang taruh, sektor awam dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan.

"Saya juga percaya, jika kita bersama-sama berganding bahu dan berusaha ke arah kebaikan, kita mampu ‘Mencorak Semula Perkhidmatan Kesihatan Untuk Keluarga Malaysia,"katanya.

Perdana Menteri berucap merasmikan Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Bertemakan "Masa Hadapan Perkhidmatan Kesihatan Melalui Pembangunan Kertas Putih", persidangan itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini.


(Perdana Menteri (tengah) dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kiri) pada 
Persidangan Kemuncak Dasar Kesihatan 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur)

Media Baharu