fb fb fb fb fb

Lonjakan kadar tambang e-hailing kerana permintaan tinggi

KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Lonjakan kadar tambang e-hailing didapati berpunca peningkatan mendadak permintaan orang ramai terhadap perkhidmatan tersebut.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong menjelaskan, selain itu pembukaan sektor ekonomi dan sosial selepas pandemik COVID-19 turut menyebabkan ia berlaku.

"Sepanjang tempoh pandemik ramai pemandu e-hailing yang tidak meneruskan pekerjaan menjadikan jumlah pemandu yang aktif berkurangan di pasaran.

"Apabila sektor ekonomi dan sosial telah beroperasi seperti sedia kala, orang ramai telah kembali berkerja sepenuhnya menyebabkan kurangnya jumlah perkhidmatan penawaran atau jumlah perkhidmatan berbanding permintaan oleh orang ramai terutamanya di waktu puncak", katanya.

Jelasnya, kementerian bersama agensi terlibat akan mengambil tindakan seperti mana yang telah diperuntukkan di bawah undang-undang sedia ada terhadap mana-mana penyedia perkhidmatan yang didapati mengenakan kadar tambang yang tidak munasabah.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Lim Pay Hen di Parlimen.


(Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Henry Sum Agong)

Media Baharu