fb fb fb fb fb

19 kematian OKT direkodkan setakat Julai

KUALA LUMPUR, 15 Ogos- Setakat Julai tahun ini, 19 kes kematian orang kena tahan (OKT) dalam tahanan lokap direkodkan.

Tiga (3) kes disebabkan jangkitan COVID-19, dua (2) kes serangan jantung, paru-paru berair (4), gantung diri (2). Manakala lima lagi masih dalam siasatan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin memaklumkan, penubuhan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sejak Januari lalu dilihat proaktif bagi penambahbaikan mekanisme pengurusan lokap PDRM agar dapat dilaksana dengan lebih teliti dan berkesan.

"Saya ingin memberi jaminan bawah melalui Suruhajaya Unit Siasatan Jenayah Kematian dalam tahanan yang dibuat sekarang, kita ada semak dan imbang. Dalam setiap tiga bulan pihak unit ini ada mesyuarat dengan pihak SUHAKAM dan pihak siap.

"Mereka perlu bertanggungjawab dengan setiap laporan apa yang berlaku dalam tahanan. Jadi pada masa sekarang walaupun belum dilaksanakan, namun kita ada semak dan imbang untuk mengelakkan kematian dalam lokap ini", katanya ketika menjawab soalan tambahan, Senator Datuk Dr. Nuing Jeluing dalam sesi soal jawab di Dewan Negara.

Jelasnya, 684 kamera litar tertutup turut dipasang di lokap balai polis, ibu pejabat daerah dan ibu pejabat kontinjen bagi memantau aktiviti di lokap tahanan.


(Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin
ketika dalam sesi soal jawab di Parlimen)

Media Baharu