(Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika melawat menara telekomunikasi luar bandar Kampung Trombol, Telaga Air hari ini/BERNAMA)
KUCHING, 21 Mei- Pembangunan jaringan komunikasi di Sarawak akan dijadikan contoh untuk dilaksanakan di negeri-negeri lain di Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata perancangan terbaharu untuk negeri Sarawak kini melibatkan kajian teknikal untuk memasang alat telekomunikasi di 42 tangki air aras tinggi.
(Fahmi Fadzil memeriksa alat pemancar berteknologi tinggi ketika
melawat menara telekomunikasi luar bandar Kampung Trombol, Telaga Air/BERNAMA)
"Jadi semua masalah praktikal ini saya minta diselesaikan segera dan saya minta menjelang bulan Jun, kita telah ada jalan penyelesaian, sekiranya dapat kita buktikan di Bumi Kenyalang ini masalah internet dapat diselesaikan segera. Ia akan digunapakai di negeri-negeri yang lain, Insya-Allah", katanya.
Beliau ditemui media semasa melawat menara Telekomunikasi SMART di Kampung Trombol di Telaga Air.
Menurut beliau, Menara SMART Kampung Trombol merupakan antara 125 menara yang akan beroperasi menjelang Sambutan Hari Gawai ini di Sarawak, dengan baki 475 lagi akan diusahakan untuk pemasangan alat telekomunikasi.