fb fb fb fb fb

Pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) terus diperkukuh

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 1 Disember- Pematuhan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) terus diperkukuh bagi menangani isu ketirisan data peribadi dan penyalahgunaan data di Malaysia.

Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menggesa syarikat memproses data peribadi dan 13 Golongan Pengguna Data yang tersenarai diwajibkan berdaftar di bawah Akta tersebut.

Dalam satu kenyataan PDP memaklumkan pelaksanaan itu dapat mewujudkan repositori Pengguna Data di Malaysia sekali gus membolehkan sebarang makluman perubahan dasar serta khidmat nasihat berkait perlindungan data peribadi dibuat.

Justeru, ia dapat meningkatkan lagi tahap pematuhan syarikat terhadap perlindungan data peribadi serta meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap syarikat berkenaan.

Kegagalan membuat pendaftaran tertakluk di bawah kesalahan Seksyen 16(4) Akta 709 dan boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat yang tidak termasuk dalam Golongan Pengguna Data tetapi terlibat memproses data peribadi secara komersial adalah termaktub di bawah peruntukan akta yang sama.

Bayaran fi pendaftaran dikenakan secara tahunan antara RM100 hingga RM 400 mengikut jenis perniagaan.

ROSLINA BINTI DIN