Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Februari– Bintang skuasy negara S Sivasangari terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain kelima dunia Nour El Sherbini dari Mesir pada Terbuka Windy City 2026 di Chicago, Amerika Syarikat, pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sivasangari tewas kepada Nour El Sherbini dalam perlawanan lima set yang sengit, mengakhiri kemaraan beliau di suku akhir.
  • Kekalahan menamatkan perjuangan wakil Malaysia di Terbuka Windy City 2026, kejohanan bertaraf Platinum di Chicago.
  • Ng Eain Yow dan Aira Azman turut tersingkir awal, menamatkan kempen masing-masing pada pusingan kedua.

Pemain berusia 27 tahun yang menghuni ranking keenam dunia telah mempamerkan aksi cemerlang sebelum tunduk 6-11, 11-6, 7-11, 11-7, 8-11 dalam pertarungan sengit berlangsung hingga 51 minit.

Kekalahan ini menamatkan perjuangan wakil Malaysia pada kejohanan bertaraf Platinum itu.

Pada Sabtu, perseorangan lelaki utama negara Ng Eain Yow dan pemain sedang meningkat Aira Azman menamatkan kempen masing-masing pada pusingan kedua.

Eain Yow tewas kepada wakil New Zealand Paull Coll manakala Aira pula tunduk kepada pemain tuan rumah Olivia Weaver.- BERNAMA