KUALA LUMPUR, 20 Jun- Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) dijangka menjana peluang pelaburan bernilai RM1 bilion menjelang 2025.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata ia melibatkan sembilan sektor digital tumpuan antaranya pertanian, pelancongan, kesihatan, kewangan dan ekonomi Islam.
(Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching)
"Secara kolektif, kerajaan melalui Perbadanan Ekonomi Digital (MDEC) telah memperuntukkan jumlah keseluruhan RM238 juta dibawah bajet Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) sebagai pelaburan awam ke dalam sembilan sektor.
"PEMANGKIN dengan memberi fokus kepada pembangunan industri seperti infrastruktur digital, pendidikan dan memberikan kemahiran kepada rakyat untuk berjaya dalam ekonomi digital", katanya dalam sesi Dewan Negara.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Ajis Sitin berhubung pelaburan digital seiring perlaksanaan PEMANGKIN.
Sebanyak RM45 juta daripada jumlah peruntukan digunakan bagi meningkatkan kebolehupayaan teknologi seperti teknologi blockchain, automasi, kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain. Manakala RM50 juta lagi diperuntukkan melalui geran padanan digital.