fb fb fb fb fb

Tercampak 10 meter dari kenderaan pemandu teksi maut kemalangan

PUTRAJAYA, 1 Mei, - Seorang pemandu teksi maut selepas tercampak keluar kira-kira 10 meter dari kenderaan yang dipandunya selepas terbabas di susur keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) awal pagi tadi.

Mangsa, 38 tahun meninggal di tempat kejadian dalam kejadian awal pagi itu.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Selangor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan pukul 6.14 pagi daripada orang awam yang melaporkan kemalangan di susur keluar klia2 membabitkan dua kenderaan.

Beliau berkata jentera digerakkan dan tiba di lokasi kejadian pada 6.24 pagi sebelum operasi menyelamat ditamatkan pukul 6.50 pagi.

"Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan menyebabkan pemandu teksi jenis Toyota Innova meninggal dunia di tempat kejadian...seorang lagi mangsa yang memandu Perodua Alza tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Media Baharu