fb fb fb fb fb

Pemandu maut, kenderaan dihempap pokok tumbang

FOTO JBPM SELANGOR

KUALA LUMPUR, 20 Oktober - Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Batang Kali, Hulu Selangor, petang tadi.

Menerusi kenyataan, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada pukul 2.14 petang.

“Setibanya di lokasi pada pukul 2.45 petang, didapati sebatang pokok telah tumbang menghempap sebuah kenderaan pacuan empat roda.

"Kejadian melibatkan seorang mangsa lelaki. Mangsa dipercayai telah meninggal dunia,” katanya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM